Pages

Friday, February 20, 2009

Kegunaan Produk

1. Aloe Gel/Aloe Vera Drinking Gel
- Pengambilan pertama mestilah sebanyak 3 botol.
- Botol 1 - pemberangsangkan darah /pembersihan darah
- Botol 2 - pemulihan/penggantian vitamin yang kurang dalam badan
- Botol 3 - penstabilan
Botol seterusnya adalah untuk penjagaan tubuh badan kita iaitu sebagai ibu rawatan. Bertindak sebagai pencuci toksid dalam darah. Darah yang bersih akan menjadikan badan yang sihat. Semua jenis penyakit adalah kerana darah yang kotor. Pengambilan berterusan Aloe Gel sekurang-kurangnya dapat menghindarkan diri daripada penyakit berat seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Semasa pengambilan, jika anda mengalami masalah demam, selsema, batuk dan penyakit ringan, itu adalah normal kerana proses pemberangsangan. Jika anda mengalami masalah penglihatan amalkan meminum Aloe Gel dan titikkan 2xseminggu Aloe Gel ke dalam mata. Lambat laun dapat memulihkan/mengurangkan masalah penglihatan anda.
Mengandungi segala vitamin yang diperlukan dalam badan seperti asid amino (membina sel), enzim, mineral, zat-zat galian, antibiotik, potasium (melindungi jantung), kalsium (untuk tulang) dan polisaccharide yang berfungsi untuk dapat mempercepatkan pemulihan kulit dan organ dalaman serta dapat bertindak sebagai 'insulin' untuk mengasingkan gula dan darah bagi pesakit kencing manis. Mengandungi 99.4% perahan tulin Aloe Vera.

2. Icy Cool
Boleh merawat bayi kembong malam. Retak tulang, Resdung, Migrain/Sakit gigi (sapu pada gigi yang sakit). Batuk, Lelah/sakit dada, selsema dll.
Rasa angin dapat membantu pernafasan bagi pesakit lelah.
3. Aloe Jelly
Untuk kegunaan luaran dan sangat elok untuk merawat segala masalah kulit seperti panau, kayap, gigitan binatang bisa, alahan, tumit pecah dan sebagainya. Juga boleh digunakan untuk losyen badan, tangan, ketiak berbau, badan berbau dan segala masalah kulit. Dapat memberhentikan pendarahan dengan segera dan jika terus digunakan untuk merawat luka, tiada parut selepas sembuh.
Begitu juga jika digunakan ketika mendapat demam cacar, jika disapukan sekerap mungkin, tiada kesan parut selepas demam pulih. Boleh merawat rambut gugur, bercabang dan berkelemumur dengan cara disapukan di kulit kepala dan rambut seperti memakai minyak rambut. Ia juga dapat mempercepatkan pertumbuhan rambut bagi yang mengalami masalah keguguran rambut terutama bagi lelaki. Untuk lelaki elok juga digunakan sebagai sapuan pada alat sulit untuk mengaktifkan atau disapukan selepas bercukur.Untuk wanita pula, boleh digunakan sebagai rawatan wanita dan juga untuk menegangkan payudara.
-Mengandungi UV protection
Boleh marawat pada kulit yang terkena air panas, minyak panas, kesan hitam di leher, pinggang dan juga untuk lebihan daging di leher (tanda lebih kolestrol).
4. Bath Gel
Mengandungi Collagen. Jika digunakan secara berterusan kulit akan menjadi lembut. Sesuai digunakan sebagai shampo dan sabun pada bayi untuk mengelakkan/merawat ruam dan gatal-gatal badan. Elok juga digunakan untuk mencuci luka, luka pembedahan juga sebagai gel pembersih muka bagi kulit muka yang berminyak. Boleh menghilangkan bekas parut jika kerap digosokkan pada tempat tersebut.
5. Shampoo
Mengandungi pati dan methol Aloe Vera tanpa sebarang bahan kimia yang boleh merosakkan akar rambut. Penggunaan pada tiga hari yang pertama akan menambahkan pengguguran rambut yang telah matiakibat pengambilan shampo biasa. Oleh itu, selepas gunakan shampo, keringkan rambut dan sapukan Aloe Vera Jelly dikulit kepala untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang lebih sihat dan bersinar.
6. Slimming Gel
Boleh menghilangkan lemak di badan sekurang-kurangnya 1" seminggu selepas digunakan secara berdisiplin iaitu pagi dan malam. Boleh juga digunakan untuk mengurut sengal sendi dan sakit tumit.
7. Talkum Powder
Mengandungi pelembap.
Merawat kulit muka yang kering, ruam dan ruam lampin.
Mengecutkan kuman pada luka dan gatal-gatal di kulit.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...